PERANCANGAN HALATUJU DAN PROGRAM PENYELIDIKAN

 

NATURAL AND SYNTHETIC PRODUCTS  IMMUNE AND MOLECULAR PATHWAYS  APPLICATIONS OF MARINE MICRO-ORGANISMS 
  1. Prof Madya Dr. Habsah Mohamad (Ketua program/Staf teras)
  2. Dr. Yosie Andriani HS (Kontrak)
  3. Dr. Ibrahim Suleiman Eldeen (Kontrak)

 

  1. Prof. Madya Dr. Yeong Yik Sung (Ketua program/Staf teras)
  2. Prof. Dr. Tengku Sifzizul Tengku Muhammad (Pengarah/Staf teras)

 

  1. Prof Madya Dr. Noraznawati Ismail (Ketua program/Timbalan pengarah/Staf teras)
  2. Prof. Madya Dr. Cha Thye San

 

 

Perancangan halatuju dan program penyelidikan IBM adalah berasaskan kepada kekuatan sediada di IBM. Berdasarkan perbincangan yang diadakan, beberapa penstrukturan semula dilakukan di IBM

Berdasarkan kepada aktiviti-aktiviti R&D&C yang dijalankan di IBM, untuk merangsang aktiviti-aktiviti tersebut secara sistematik, dua entiti diwujudkan iaitu Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan yang merupakan peranan utama di institut penyelidikan dan Unit Inovasi dan Pemindahan Ilmu yang merupakan peranan kedua di institut penyelidikan.

Secara keseluruhannya, tema yang digunakan untuk memfokuskan aktiviti-aktiviti penyelidikan dan pembangunan, dan, inovasi dan pemindahan ilmu yang dijalankan di IBM ialah “Bioprospecting of Marine Natural Products”.

 

 

PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN

Di Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan, tiga program diperkenalkan yang akan menjalankan aktiviti-aktiviti penyelidikan dan pembangunan intra-program dan inter-program

. Program-program penyelidikan yang dipersetujui ialah:

 

Ketiga-tiga program ini akan menjalankan aktiviti-aktiviti R&D berdasarkan kepada ‘technology platform’ yang berkaitan.

 

Untuk memastikan aktiviti-aktiviti R&D&C dijalankan berlandaskan kepada amalan yang terbaik, beberapa ‘enablers’ dikenalpasti untuk digunapakai di IMB.

 

Penubuhan Pusat Rujukan Marin dan Portal UMT

 

Ianya merupakan Pusat Rujukan dan Portal Pangkalan Data Marin yang mampu berfungsi secara efektif dan sistematik dan akan dijalankan secara usahasama dengan INOS sebagai salah satu strategi Blue Ocean Strategy. Ia akan menjadi satu pusat berintegrasi yang pertama seumpamanya di Malaysia dan boleh dijadikan pusat rujukan peringkat nasional dan global terutamanya untuk penyelidik, pelajar-pelajar paska dan pra siswazah untuk tujuan pemeliharaan dan pemuliharaan khazanah marin di negara kita. Pusat rujukan dan portal pangkalan data marin ini kelak merangkumi makmal-makmal dan pusat repositori sumber marin (hidupan dan mikrob marin, biota kering, sumber genetik dan produk semulajadi) dan portal pangkalan data marin.